Pembubaran kerajaan Republik Republik_Hawaii

Dengan perlantikan William McKinley, yang terkenal sebagai seorang yang menyokong konsep imperialisme sebagai Presiden Amerika Syarikat, kerajaan Republik Hawaii menyambung semula rundingan mengenai penggabungan Hawaii dalam Amerika Syarikat. Menurut pandangan McKinley, kepulauan Hawaii kini memiliki kepentingan strategik disebabkan Perang Amerika-Sepanyol. Pada 16 Jun 1897 sebuah perjanjian di antara kedua pihak telah ditandatangani. Senat Amerika sebenarnya agak keberatan untuk bersetuju dengan perjanjian tersebut. Penyokong konsep penggabungan telah mengambil langkah berhati-hati dengan menjamin Ketetapan Newlands diterima dan ditetapkan dengan undi 42 berlawan 21. Dewan Perwakilan menerima ketetapan tersebut dengan undi 209 berlawan 91. Presiden McKinley menandatangani rang undang-undang pengambilan kuasa pada 7 Julai 1898. Penyerahan kedaulatan Hawaii kepada Amerika berlangsung secara rasmi pada 12 Ogos 1898 dengan upacara penaikan bendera Amerika Syarikat di Istana Iolani.